Thursday, August 25, 2011

Ujian dari Allah S.W.T di bulan Ramadhan bagiku...


Pengalaman yang tidak dpt aku lupakan sehingga ke akhir hayat, diantara perkara yg amat kutakuti selama ni berlaku dgn izin dariNya pd diriku sbg ujian besar sepanjang hidup ku ini.Namun ku bersyukur krn diberi ujian ini sbg amaran bagiku bahawa pentingnya amalan kehidupan sihat.
Bermula dgn bengkak kelenjar dibahagian celah peha ku terus membawa kpd demam di awal Ramadhan........ 1hari,2hari dan hari ketiga terus membekak menjadi bisul; tak memberi ape2 kesan walaupun dgn bantuan antibiotic,ubat tahan sakit serta ubat surut bengkak hasil dari kunjungan ke klinik berdekatan taman perumahan ku pada 2 ramadhan.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,huh!!!!! Ya Allah..... sungguh hebat ujian ini!
Berlegar2 dlm kepala ni, ape yang sedang ku alami ni......
  1. Apekah yg terjadi pada bisul ku?
  2. Siapa yg berada disisi ketika di uji dgn ujian hebat ini?
  3. Tindakan aku seterusnya........ dan seterusnya dan seterusnya.........
Ini baru permulaan, masih banyak lg yg inginku cerita dan kongsikan......sehingga waktu ni pun masih ku laluinya dgn tabah dan bersyukur padaNya atas ujian utk ku ni.

Sunday, July 31, 2011

Resipi Ayam Panggang

Yuhuuu....hidangan berbuka petang ini ku nak masak apa ek. Nasib la dikurniakan en. suami yang tidak cerewet bab-bab makanan ni...kalau tidak maunya pening kepalo mak jemah oiii pikir resipi.... buat ayam golek pun best gak ni.

Sumber : http://www.blogresipi.com


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Perap selama 1 1/2 jam.

3. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

4. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Ramadhan Al Mubarak

Hari ini merupakan hari pertama umat islam di seluruh Malaysia menunaikan rukun islam ke-3 bagi tahun 1432 Hijrah. Justera aku mengingatkan kepada semua dan diriku sendiri khasnya semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan diberkati oleh Allah SWT.

Oleh itu, disini inginku kongsikan dengan rakan-rakan semua niat puasa serta doa berbuka puasa :

Niat Puasa

Doa Berbuka Puasa