Sunday, July 31, 2011

Resipi Ayam Panggang

Yuhuuu....hidangan berbuka petang ini ku nak masak apa ek. Nasib la dikurniakan en. suami yang tidak cerewet bab-bab makanan ni...kalau tidak maunya pening kepalo mak jemah oiii pikir resipi.... buat ayam golek pun best gak ni.

Sumber : http://www.blogresipi.com


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Perap selama 1 1/2 jam.

3. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

4. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

No comments:

Post a Comment