Koleksi Resipi Pilihan Hati

Puteri Mandi atau dalam juga dikenali sebagai kepek idung (org kg aku je kut panggil gini)
Sumber  : http://ohmalaysia.com
Bahan-bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
Air
1 sudu kecil pewarna daun pandan
3 helai daun pandan
1 keping gula Melaka
Kelapa parut

Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Boleh juga kalau nak guna air daun pandan sebagai pewarna.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
3. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
4. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
5. Dalam periuk masukkan secawan air dan panaskan gula melaka sehingga cair. Letakkan beberapa helai daun pandan.
6. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sekata.
7. Akhir sekali, gaulkan kuih bersama-sama kelapa parut tadi.


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber : http://www.blogresipi.com
Bahan-bahan
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Perap selama 1 1/2 jam.
3. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
4. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Chocolate Chips Cookies
Sumber : myresipi.com
Bahan-bahan ( 100 biji )
 450g tepung gandum
 1 biji telur
 250g mentega
 115g gula halus
 110g gula perang
 100g chocolate chips
 3 sudu besar cocoa powder
 250g gajus(panggang dan cincang halus)
 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2.Masukkan telur dan pukul lagi.
3.Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau.
4.Masukkan gajus dan kacau lagi.
5.Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai.
6.Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit